Monday, September 15, 2008

Solat di jalan


Tak kira di mana kita berada,sakit,sibuk dengan urusan dunia atau apa yang sewaktu dengannya,Kewajipan sebagai hambaNya wajib kita kena tunaikan bila sudah masuk waktunya..adakah anda sudah solat??..Solat adalah tiang agama yang wajib kita tunaikan tanpa memberi sebarang alasan pun.walaupun berada di mana,masuknya waktu,wajib kita tunaikan...Rukun pertama dalam rukun Islam,,tanpa tiang runtuh lah rumah,itulah ibarat solat yang dinyatakan sebagai tiang agama,tidak solat maka runtuhlah agama seseorang muslim itu,renung-renungkanlah,semoga kita sedar yang kita ini hamba yang hina,janganlah kamu berlagak sombong di atas muka bumi yang kita pijak ini,kerana ia bukanlah untuk selamanya..
Pesan Al-Luqman Al Hakim kepada anaknya::Allah Ta'aala berfirman dalam surah Luqman: Maksudnya:::"Wahai anakku,dirikanlah sembahyang,dan buatlah perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah diri dari perkara mungkar, dan bersabarlah di atas apa yang berlaku kerana itulah pekerjaan yang dicita-citakan"

Masalah Rukun Negara di Sekolah


Rukun Negara
Adakah semua murid kita mengingati dan menghafal Rukun Negara???Cubalah survey kat anak murid kita.....

Cara nak menangani murid malas datang ke sekolah


Cubalah cara ini untuk mengatasi murid ponteng sekolah,semoga ia berkesan.selamat mencuba :):):)

Wednesday, September 10, 2008


Tujuh Kalimah::
1.Mengucap Bismillah pada setiap kali hendak lakukan sesuatu.
2.Mengucap Alhamdulillah paada setiap kali selesai melakukan sesuatu.
3.Mengucap Astaghfirullah jika lidah terucap perkataan yang tidak patut.
4.Mengucap InsyaAllah jika merencana berbuat sesuatu pada hari esok.
5.Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan diingini.
6.Mengucap "Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7.Mengucap " La ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malamsehingga tak terpisah dari lidah.

Wednesday, September 3, 2008

Bomba Malaysia


Pasukan penyelamat yang banyak jasa kepada negara.Pasukan penyelamat yang sanggup ambil risiko untuk menyelamat mangsa tanpa mengira keselamatan diri mereka,apa yang penting untuk mereka adalah keselamatan mangsa..betapa besar tanggungjawab yang ditanggung oleh mereka ini.Terima kasih Bomba Malaysia.

Monday, September 1, 2008

hehehehe


RIMUP DI MUZIUM NEGARA


Cikgu Izwan dan Ustazah begi penerangan kepada murid RIMUP tentang aktiviti yang akan dijalankan di muzium ni.syok tengok murid-murid p muzium.

PROGRAM RIMUP


ni kenangan program rimup.ni kat tugu negara.gabungan 4 buah sekolah.SK Cheras Jaya,SK Taming Jaya,SKJC Balakong dan SK Sri Sekamat

bersama isteri tercinta


my lovely wife teman p lawan bowling...bagi semangat broooooooooooo....hehehe.:):)

Cikgu-cikgu macho Sk Cheras Jaya


Ni masa pertandingan bowling kat Metro Point Kajang,anjuran BKG Sk Cheras Jaya.....penat ngajar,kena jugak enjoy sekali-sekala bagi hilang tension.hehehehe....aktiviti macamni memang syokkkk...enjoy gila.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada ustaz Sham


Terima Kasih Ustaz, di atas kesudian datang menyampaikan ilmu di Sekolah kami,jutaan terima kasih kami ucapkan..

Selamat Menyambut Puasa


Ceramah Motivasi yang disampaikan Oleh yang berbahgia Ustaz Norhisham bin Hamzah


Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Sham.Terima Kasih Ustaz kerana mennyampaikan ilmu yang berguna buat kami warga Sk Cheras Jaya..

Program Khemah Ibadat Muird Tahun 6 SK Cheras Jaya


Pada 15 ogos 2008,Sk Cheras jaya telah menganjurkan aktiviti khemah ibadah dalam usaha murni untuk murid mendalami ilmu agama Islam.aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Cheras Jaya.Ustaz Hisham dari Sk Bangi mengimamkan solat Maghrib,solat Hajat dan solat Isyak.Inilah anak-anak Cheras Jaya yang bakal menduduki UPSR tahun ini.Doakan kejayaan mereka dalam UPSR.

Thursday, August 7, 2008

Bersatu 2 keluarga

Dari kiri abah saya ,ayah mertua saya,Saya,Isteri saya,Mak saya dan Ibu Mertua saya

Gulai Batang Pisang



Gulai kawah batang pisang...adakah anda pernah merasainya?kalau belum,cubalah rasa di gulai kawah batang pisang di Baling Kedah.Inilah menu utama kenduri di daerah Baling,Kedah

Nasi Kawah


Barapakah harga sekawah nasi????
Setiap butiran beras ada nilainya..Begitu mewah negara kita dengan makanan..adakah kita berfikir negara-negara yang rakyatnya sanggup berperang,bergaduh kerana hanya untuk sesuap makanan???Betapa suburnya bumi Malaysia yang dikurniakan Allah kepada kita..Tepuk dada tanyalah perut anda..........................:):):)

Syam n Isteri



Kami dijiabkabulkan pada 15 Oktober 2007/3 syawal 1428 di Masjid Ubudiyyah Kg.Ketemba Masjid.Doakanlah kami agar diberkati dan bahagia sehingga akhir hayat.

Kanak-kanak Istimewa

Ini adalah video mengenai kanak-kanak istimewa.Video ini diberi oleh seorang sahabat saya seorang guru pendidikan khas.sama-samalah kita menontonnya,banyak hikmah yang akan kita perolehi dari paparan video ini. Maha Besar Pencipta kita semua sebagai hambanNya. SUBHANALLAH........